Dengan membuat tempahan bersama Kame2 Project Studio, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat berikut:
1. Sebelum Sesi
- Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran deposit diterima.
- Deposit adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable).
- Bayaran penuh hendaklah dijelaskan sebelum sesi bermula.
- Setiap sesi adalah selama 15 minit mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Pelanggan dikehendaki hadir sekurang-kurangnya 10–15 minit lebih awal.
- Kelewatan ke sesi tidak akan melanjutkan tempoh masa yang diperuntukkan.
- Semua sesi dijadualkan secara berturutan (back-to-back).
2. Semasa Sesi
- Pelanggan hendaklah hadir dalam keadaan siap sepenuhnya termasuk solekan, rambut dan pakaian.
- Masa persiapan atau pertukaran pakaian adalah dikira dalam tempoh sesi yang ditempah.
- Pelanggan diminta memberi kerjasama sepenuhnya terhadap arahan dan panduan bagi memastikan kelancaran sesi.
3. Selepas Sesi
- Pemilihan gambar adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Kame2 Project Studio, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam pakej.
- Suntingan akan dibuat berdasarkan gaya dan standard suntingan rasmi (signature style) Kame2 Project Studion.
- Sebarang permintaan suntingan tambahan mungkin dikenakan caj tambahan.
- Gambar mentah (RAW/unedited) tidak akan diberikan kepada pelanggan.
- Gambar akhir akan dihantar dalam tempoh 24 jam bekerja melalui pautan atas talian.
4. Umum
- Kame2 Project Studio berhak menggunakan gambar terpilih untuk tujuan portfolio, pemasaran dan media sosial.
- Pelanggan hendaklah memaklumkan secara bertulis lebih awal sekiranya tidak membenarkan penggunaan gambar.
- Permintaan penjadualan semula atau pembatalan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi.
- Kame2 Project Studio berhak menjadualkan semula sesi atas sebab-sebab luar jangka seperti kecemasan, isu teknikal atau faktor keselamatan.
- Pengesahan tempahan adalah dianggap sebagai persetujuan penuh terhadap semua terma dan syarat yang dinyatakan.