Jul
13 - 14

STRIKE JORAN

Sun, 13th Jul 2025 – Mon, 14th Jul 2025
9:00 AM – 2:00 PM
Ipoh, Perak, Malaysia
Fishing

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.0 PESERTA

1.1. Peserta boleh mendaftar melalui link QR yang disediakan.

1.2. Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan kadar bayaran RM85.00/perjoran.

1.3. Peserta 100 terawal layak untuk mendapat baju percuma edisi terhad.

1.4. Peserta wajib memakai wristband, sticker pada pancang dan sticker pada batang joran yang diberikan daripada penganjur.

1.5. Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan.

1.6. Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau kecelakaan yang menimpa peserta.

1.7. Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari kawasan yang ditetapkan dan pihak penganjur berhak menentukan kawasan yang dibenarkan mengikut jumlah penyertaan.

1.8. Peserta perlu menghantar sendiri ikan ke meja Hakim untuk ditimbang selepas mendapat Waran Marsyal dan diiringi oleh Marsyal.

2.0 KAWALAN KAWASAN

2.1 Dilarang membuang sampah di kawasan memancing.

2.2 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak, cacing, cengkerik, roti, pellet, ikan hidup, lipas, lipan, ulat gendon, jenis-jenis ulat hidup, bahan-bahan daripada buah-buahan seperti pisang, betik, buah kelapa sawit, marshmallow (mesti menggunakan batu ladung) dan telur kerengga.

2.3 Peserta DILARANG menggunakan umpan tiruan (Rapala), organ dalaman haiwan, umpan TAPA, katak, anak itik, cicak, anak ayam dan umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir dan meloyakan serta kuning telur.

2.4 Pelampung, mata spider dan mata tiga adalah dilarang.

Mata Kail Mata Kail 2 Mata Kail 3
DIBENARKAN DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN

2.5 Penggunaan mata bom dan rambai dibenarkan dengan syarat mata kail satu atau dua.

2.6 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM150.00. Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.

2.7 Joran yang digunakan mesti mempunyai sticker yang disediakan oleh penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada penganjur untuk mendapat tag joran yang baru.

2.8 Joran tanpa tag akan dibatalkan penyertaannya dan wang pendaftaran tidak dikembalikan.

3.0 PENDAFTARAN DAN PANCANG

3.1 Pendaftaran peserta bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 9.00 malam 12 JULAI 2025 (SABTU).

3.2 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah Tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pancang yang telah mempunyai sticker dibenarkan untuk pasang dikolam bermula jam 6.00 Petang 12 JULAI 2025 (SABTU).
  2. Hanya pancang berbentuk ’Y’ paip PVC sahaja yang dibenarkan.
  3. Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;
  4. Pancang yang tidak mempunyai sticker akan dicabut dan keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.

3.3 Sticker joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang bermula dari tempat pemegang “reel” sehingga gelang pertama joran masing-masing. Boleh rujuk gambar dibawah.

Sticker Joran

3.4 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan sticker joran, maka ikan tersebut tidak akan ditimbang.

3.5 Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-kurangnya satu mata kail perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja untuk layak dipertandingkan

3.6 Ikan yang berjaya dipancing dilepaskan semula selepas ditimbang.

4.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN

4.1 Peserta layak untuk memenangi lebih daripada satu (1) hadiah.

4.2 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak dipertandingkan.

4.3 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah berat paling hampir atau tepat dengan 11.85kg.

4.4 Ranking hidup untuk (Juara).

Organised By

Secret Maker Solution logo

Secret Maker Solution

Email: secretmaker82@gmail.com

Phone: 011-1178-5499


Kolam Wak Nan, Ipoh, Perak


Select Tickets

Event has ended