Pakej Pelamin Rumah - Seri Mahligai direka khas untuk majlis di rumah dengan pilihan pelbagai rekaan moden dan elegan. Anda boleh memilih warna bunga serta tema yang disesuaikan dengan busana pengantin bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan eksklusif. Pelamin ini sesuai untuk majlis pernikahan, atau sanding sederhana di ruang tamu rumah atau di parking kereta.
Pemasangan dilakukan oleh pasukan profesional yang berpengalaman bagi memastikan hasil akhir kemas dan menepati citarasa anda. Dengan harga yang berpatutan, pakej ini merupakan pilihan ideal bagi pasangan yang ingin meraikan hari bahagia dengan gaya mewah di kediaman sendiri.